Posted by : tmkkinabatangan Monday, 3 November 2014



KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Topik 6.0 PERKHIDMATAN INTERNET

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mencari maklumat menggunakan pencarian Boolean (AND, OR), berfrasa (“ “)
atau simbol ( * )
2. Menyebarkan maklumat meggunakan mailing list dalam buku alamat emel
3. Mengetahui konsep Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)
B. Kandungan Pengajaran
6.1 Kaedah pencarian maklumat
6.2 Penggunaan Emel
6.3 Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

6.1 Kaedah Pencarian Maklumat
6.1.1 Strategi Pencarian Maklumat
Pencarian maklumat boleh memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita
mencari maklumat dengan hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu
untuk mengelakkan kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita
merancang pencarian terlebih dahulu.
Teknik mengemukakan pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi
memastikan kita mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat
merupakan langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.

Lima Langkah Mudah Mencari Maklumat
1. Tentukan maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.

2. Buangkan kata penghubung atau kata sendi dalam ayat. Buangkan juga perkataan
yang tidak penting dan tidak berkaitan.

3. Gariskan perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci
asas anda. Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan
yang boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.

4. Tambahkan operator Boolean “AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah
dikenalpasti.


5. Pencarian boleh diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:


Ayat topik yang asal telah ditukarkan menjadi pernyataan carian.

  

Operator Boolean
Operator Boolean adalah AND, OR dan NOT.
1. Operator AND diletakkan di antara kata kunci yang digunakan dalam pencarian.
Fungsinya adalah untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh: pernyataan
carian sahsiah AND sikap akan mengecilkan carian kepada laman-laman yang
hanya mengandungi kedua-dua perkataan sahsiah dan sikap di dalamnya.

2. Meletakkan operator OR di antara kata kunci akan memperluas hasil carian. Sebagai
contoh: pernyataan carian sahsiah OR sikap akan memperluas pencarian kepada
laman-laman yang mengandungi salah satu atau kedua-dua perkataan sahsiah dan
sikap di dalamnya.

3. Operator NOT turut berfungsi untuk mengecilkan hasil pencarian. Sebagai contoh:
pernyataan carian “jati diri” NOT sikap akan mengecilkan carian kepada lamanlaman
yang mengandungi perkataan jati diri tetapi tidak mengandungi perkataan
sikap.


6.1.2 Strategi Menilai Maklumat Dengan Berkesan
Maklumat yang diperoleh dari internet perlu dinilai dari segi kualitinya, kesahihannya dan
ketepatannya. Terdapat beberapa cara bagaimana kita boleh menilai sama ada maklumat
yang diterima melalui internet boleh dipercayai atau tidak.

Terdapat beberapa model yang digunakan untuk menilai maklumat yang diperoleh melalui
internet dengan berkesan. Antaranya termasuklah model ASPECT (Authority, Sources,
Purpose, Evenness, Coverage, Timeliness), model ROAR (Reliability, Objectivity, Accuracy,
Relevance) dan model RADCAB (Relevancy, Appropriateness, Detail, Currency, Authority,
Bias). Bahagian ini menjelaskan dengan lebih lanjut kaedah menilai maklumat secara kritikal
menggunakan model ASPECT.


Autoriti
1.  Ketahui siapa pengarang atau orang yang bertanggungjawab terhadap bahan yang
diterbitkan.
2. Adakah isu yang dibincangkan merupakan bidang kepakaran pengarang atau pihak
yang bertanggungjawab.
3.  Ketahui reputasi penerbit yang menerbitkan maklumat tertsebut.



Tujuan
1. Apakah tujuan atau objektif maklumat itu diterbitkan?
2. Siapakah sasaran maklumat itu diterbitan?



Kesamarataan
1. Adakah maklumat tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebelahi manamana
pihak?
2. Adakah maklumat tersebut berkecenderungan untuk mempengaruhi mana-mana
pihak?

Liputan
1. Apakah topik yang yang diliputi oleh sumber berkenaan?
2. Sejauh manakah topik berkenaan diterokai atau dibincangkan?

Kekinian
1. Bilakah sumber maklumat berkenaan diterbitkan?
2. Adakah laman tersebut sering dikemaskini atau mempunyai kecenderungan untuk
kekal lama?
3. Pastikan maklumat adalah terkini dan lihat tarikh akhir pengemaskinian
dilaksanakan.












Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

Popular Post

Blogger templates

- Copyright © TMK TAHUN 5 -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -